Rabu, 27 Februari 2013

Amalan Sedekah Ketika Di Tanah Suci

Niatkan Sedekah Untuk Si Mati

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

(surah al-Baqarah : ayat 261)

Membelanjakan harta umpama tanam 1 benih kemudian jadi pokok yg keluarkan byk lagi benih yg kita sendiri pun tak pernah kira berapa jumlahnya tapi yg pasti "byk" bkn cuma 10-20 biji je & ia akan keluarkan hasil berulang2 bknnya hanya semusim. jadi, sementara hidup ni byk2kanlah tabur benih (sedekah). jgn dah mati baru mengharapkan org yg hidup bersedekah dgn meniatkan nama kita (mewakili kita) dgn harapan pahala org yg mati tu bertambah


Kepentingan Sedekah

Allah SWT telah berfirman betapa pentingnya kita bersedekah sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi... Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 
( Al-Mujadila 58:12)

"Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan."(Al-Mujadila 58:13)

Subhanallah, Allah maha mengampunkan bagi mereka yang tidak mampu bersedekah...cuba muhasabah diri kita, adakah benar kita tidak mampu bersedekah walaupon sedikit? janganlah kita menyesal kemudian hari seperti firman Allah lagi yang bermaksud:

"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh." (Al-Munafiqoon 63:10)

Kenduri Tahlil kepada arwah

 
Sedikit perkongsian mengenai sampaikah doa selamat & tahlil kita kepada arwah ibu, ayah, datuk serta kaum kerabat saudara mara kita.

Hadits riwayat Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa’i dan Ahmad:
عَنْ أبِى هُرَيْرَة (ر) أنَّ رَسُول الله .صَ. قَالَ: إذَا مَاتَ الإنسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ:
صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ اَو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ, اَووَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ (رواه ابو داود)

“Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya atau anak yang shalih yang mendo’akannya”.

Bagaimanapun, hanya doa anak yg salih yg akan sampai. Maka hendaklah kita mendidik anak kita supaya menjadi solih, mudah-mudahan mereka akan mendoakan kita setelah kita tiada kelak...

Selain itu, kita juga boleh berbakti kepada org tua kita sekalipun mereka sudah tiada berdasarkan hadith:

Dari Abu Usaid - dengan dhammahnya hamzah dan fathahnya sin - iaitu Malik bin Rabi'ah as-Sa'idi رضي الله عنه, katanya: "Pada suatu ketika kita semua duduk-duduk di sisi Rasulullah صلی الله عليه وسلم, tiba-tiba datanglah kepadanya seorang lelaki dari Bani Salamah. Orang itu bertanya: "Ya Rasulullah, apakah masih ada sesuatu amalan yang dapat saya amalkan sebagai kebaktian saya kepada dua orang tuaku setelah keduanya meninggal dunia?" Beliau صلی الله عليه وسلم menjawab: "Ya, masih ada. Iaitu mendoakan keselamatan untuk keduanya, memohonkan pengampunan kepadanya, melaksanakan janji kedua orang itu setelah wafatnya, mempereratkan hubungan kekeluargaan yang tidak dapat dihubungi kecuali dengan adanya kedua orang tua itu serta memuliakan sahabatnya." (Riwayat Abu Dawud)


عَنِ ابْنِ عَبَّاسِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ اِلَى النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ اِنَّ اُمِّيْ مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ اَفَاَقْضِيْهِ عَنْهَا ؟ فَقَالَ : لَوْ كَانَ عَلَى اُمِّكَ دَيْنٌ اَكُنْتَ قَاضِيْهِ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ : فَدَيْنُ اللهِ اَحَقُّ اَنْ يُقْضَى.

Dari Ibn Abbar radiallahu ‘anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: "Ya Rasulullah! Ibuku telah meninggal sedangkan dia masih berhutang puasa sebulan belum dibayar, apakah boleh aku membayarnya untuk ibuku?" Baginda menjawab: Andaikata ibumu menanggung hutang apakah engkau yang membayarnya?" Beliau menjawab: Ya. Maka baginda bersabda: Hutang kepada Allah lebih patut dibayarnya”.

Bagaimanapon banyak nas dan hadith yg menerangkan bahawa sedekah harta benda dari org yg telah mati adalah amat digalakkan seperti:

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِنَّ اَبِيْ مَاتَ وَتَرَكَ مَالاً وَلَمْ يُوْصِ فَهَلْ يَكْفِى عَنْهُ اَنْ اَتَصَدَّقَ عَنْهُ؟ قَالَ : نَعَمْ.

“Dari Abi Hurairah radiallahu anhu berkata: Ada seorang lelaki datang kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan berkata: Ayahku telah meninggal dan dia meninggalkan harta dan tidak berwasiat, maka apa berguna baginya jika aku bersedekah untuk dia? Jawab baginda: Ya".

Rasulullah SAW bersabda: "Setiap anggota kamu pada setiap hari berbuat sedekah, kerana setiap tasbih yang diucapkan itu sedekah, setiap tahmid itu merupakan sedekah, setiap tahlil merupakan sedekah, setiap yakbir itu merupakan sedekah dan setiap suruhan kepada kebaikan itu merupakan sedekah. Begitu juga setiap larangan kepada kejahatan merupakan sedekha dan cukuplah semua itu digantikan dengan dua rakaat solat yang dikerjakan pada waktu dhuha (solat sunat dhuha)"  Hadirh riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

 
Fadhilat solat sunat dhuha.....

Selepas solat , bacalah doa berikut:


اَللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاكَ وَالبَهَاكَ بَهَاءُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالقَدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ
اَللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي السَّمآءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِي الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مُعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَمًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقَدْرَتِكَ آتِنِيْ مَا آتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

Maksudnya:

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Semoga kita dimurahkan rezki dan dimudahkan urusan, insya-Allah...

Sedekah Yang Ditolak

Hadith:
Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)”  (Muslim)

Tips Memilih Agensi Perkhidmatan Mengerjakan Umrah

Memilih agensi pengelola umrah


Industri pelancongan turut merasa bahang akibat kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Bagaimanapun, bagi mengerjakan ibadah umrah, kegawatan ekonomi dunia tidak menjejaskan hasrat jemaah yang berkemampuan untuk menunaikan ibadat tersebut.

Bermula dari awal tahun hingga memasuki bulan haji, agensi-agensi pengelola umrah giat mengadakan promosi-promosi pakej umrah seperti yang dipaparkan di media-media cetak.

Setiap agensi memaparkan harga dan pakej yang menarik berserta dengan promosi program ziarah. Masing-masing cuba menarik pelanggan dengan pelbagai insentif seperti menurunkan harga pakej, menambah program ziarah, menggunakan tenaga pembimbing dari kalangan para penceramah terkenal. Malah ada agensi yang menggunakan artis-artis nasyid tanah air sebagai duta syarikat.

Sebab jemaah ditipu

Saban hari akhbar melaporkan berita-berita tentang kegagalan agensi pengelola membawa jemaah menunaikan ibadah umrah. Jemaah mendakwa mereka ditipu.

Antara sebab jemaah mudah tertipu adalah terpengaruh dengan promosi yang menawarkan harga pakej yang murah. Sikap mudah terpengaruh dengan harga murah menyebabkan jemaah lupa mengambil tahu beberapa perkara penting dalam urusan keluar negara seperti tentang agensi yang dipilih, syarikat penerbangan yang digunakan dan hotel di Tanah Suci.

Jemaah tidak menyelidiki latar belakang agensi pengelola, sama ada mempunyai lesen dan permit untuk membawa jemaah ke luar negara (outbound) atau hanya mempunyai permit untuk aktiviti pelancongan dalam negeri sahaja (inbound) atau agensi hanya berdaftar sebagai syarikat pengembaraan sahaja yang hanya menguruskan tiket.

Lebih malang apabila agensi yang dipilih merupakan agensi yang beroperasi tanpa lesen perniagaan.

Lambaian Kaabah menyebabkan jemaah alpa tentang syarikat penerbangan yang akan dinaiki, butiran perjalanan dan tempat penginapan yang disediakan agensi. Jemaah lupa untuk mengambil tahu tentang syarikat penerbangan yang akan dinaiki.

Adakah penerbangan tersebut terus ke Jeddah atau jemaah perlu transit dan bermalam di negara lain. Jemaah lupa bertanya tentang taraf hotel penginapan yang agensi sediakan, jarak hotel dengan masjid dan kemudahan-kemudahan lain yang agensi sediakan.

Malah, j0emaah tidak meneliti terma dan syarat tambahan yang dikenakan oleh agensi, menyebabkan mereka terikat dengan agensi setelah membuat bayaran deposit.

Kebiasaannya jemaah mengambil mudah dan menaruh sepenuh kepercayaan kepada agensi. Jemaah dengan suci hati menyerahkan bayaran kepada agensi dengan harapan agar ibadat umrah dapat disempurnakan.

Faktor kegagalan

Antara sebab utama kegagalan agensi pengelola umrah membawa jemaah ke Tanah Suci adalah kekurangan modal khususnya dalam berurusan dengan syarikat-syarikat penerbangan dan penginapan di Tanah Suci.

Contohnya dalam urusan penyediaan tiket jemaah, agensi pengelola umrah terpaksa membayar deposit kepada syarikat penerbangan. Malangnya urusan visa jemaah tidak berjaya dikeluarkan sebelum tarikh penerbangan yang ditempah.

Dengan itu, agensi kerugian kerana wang deposit telah hilang. Terdapat juga agensi yang menguruskan visa dahulu, malangnya apabila visa berjaya dikeluarkan, tiket penerbangan yang dijadualkan telah habis, tempat tidak mencukupi dan harga tiket telah berubah.

Agensi terpaksa mencari syarikat penerbangan lain yang sudah tentu akan mengubah tarikh dan jadual berlepas serta harga yang lain. Untuk menampung perubahan kos-kos yang tidak dijangka ini agensi akan meminta bayaran tambahan daripada jemaah atas alasan berlaku kenaikan dalam pertukaran wang asing, kenaikan dalam airport tax dan surcaj bahan api.

Faktor kedua, apabila agensi menghadapi masalah dalam menguruskan visa perjalanan jemaah. Sebabnya, agensi tidak mempunyai hubungan baik dengan syarikat yang menguruskan visa di tanah air dan juga dengan muassasah di Tanah Suci.

Terdapat agensi mengambil jalan mudah; menggunakan orang tengah menguruskan visa jemaah. Ini menyebabkan kebergantungan yang sepenuhnya agensi kepada orang tengah dalam menguruskan visa jemaah, sekiranya orang tengah tersebut gagal mendapatkan visa, agensi terpaksa membatalkan pakej umrah yang dijual.

Faktor kurang pengalaman dan pengetahuan mengelola urusan umrah turut menyumbang kepada masalah ini.

Terdapat juga agensi yang kurang mahir dalam berurusan dengan orang arab di Arab Saudi khususnya dalam urusan hotel. Lantaran itu timbul kisah jemaah yang terpaksa berarak mengikut pegawai pengiring dari agensi pengelola mencari hotel sewaktu tiba di Tanah Suci. Ini berlaku kerana agensi tidak membuat tempahan hotel sebelum jemaah berlepas dari tanah air.

Tips pilih agensi

Hasrat murni jemaah menunaikan ibadah umrah dengan sempurna dapat ditunaikan sekiranya jemaah mengambil langkah-langkah berikut:

i. Membuat kajian perbandingan harga pakej-pakej yang ditawarkan. Kebiasaannya harga berubah mengikut musim dan jenis pakej yang dipilih. Setiap promosi yang diiklankan mempunyai nombor rujukan kelulusan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia;

ii. Menyelidiki latar belakang agensi; lesen dan permit untuk outbound yang sah; pengalaman agensi mengelolakan umrah dan urusan visa yang dikendalikan oleh agensi; dan sama ada agensi menguruskan sendiri atau menggunakan khidmat orang tengah;

iii. Mengambil tahu syarikat penerbangan, jenis perjalanan sama ada terus ke Jeddah atau ke Madinah atau jemaah perlu transit dan bermalam di negara lain;

iv. Mengambil tahu tentang hotel penginapan yang disediakan oleh agensi;

v. Bagaimanakah bayaran dibuat. Sama ada kepada akaun syarikat atau kepada akaun persendirian pengurus agensi atau kepada akaun agen-agen yang dilantik oleh agensi.

Pastikan jemaah menyimpan resit pembayaran dan dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh agensi;

vi. Adakah terdapat bayaran-bayaran tambahan yang tersembunyi;

vii. Adakah agensi mengenakan syarat-syarat tambahan yang tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa;

viii. Adakah agensi mengadakan kelas bimbingan umrah; dan

ix. Setelah berpuas hati dengan maklumat-maklumat seperti di atas barulah jemaah boleh membuat pemilihan agensi pengelola umrah.

Tindakan

Agensi-agensi pengelola umrah terikat dengan akta dan peraturan berikut:

i. Akta Industri Pelancongan 1992;

ii. Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan) 1992;

iii. Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Pelesenan dan Pengawalan Pemandu Pelancong) 1992;

iv. Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Pelesenan Institusi Latihan Pelancongan) 1994;

v. Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) 1992;

vi. Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999; dan

vii. Peraturan-Peraturan Kenderaan Pelancongan (Pelesenan dan Pengawalan Kenderaan Pelancongan).

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) amat prihatin tentang kes-kes kegagalan agensi pengelola umrah membawa jemaah ke Tanah Suci. Jemaah yang rasa tertipu atau tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan bolehlah membuat aduan kepada Jawhar.

Bagaimanapun jemaah tersebut perlu mengemukakan invois pembelian pakej, jadual lawatan, resit pembayaran, gambar atau apa-apa dokumen yang boleh membuktikan kesahihan aduan.

Aduan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan Malaysia.

Penutup

Keghairahan jemaah menunaikan umrah menyebabkan mereka alpa hak-hak sebagai pengguna apabila mendaftar dengan sesebuah agensi pengelola umrah.

Kegagalan menunaikan umrah mengikut tarikh yang dijanjikan menyebabkan jemaah mengalami kerugian kerana perjalanan dan cuti yang telah dirancang terpaksa ditunda.

Perubahan jadual perjalanan ini juga akan menyebabkan jemaah terpaksa membatalkan hasrat menunaikan umrah.

Justeru, buatlah pilihan yang bijak dan betul.
 
(Paparan di atas kami ambil dari laman web; hasanahtravels.com -KLIK)

Jumaat, 15 Februari 2013

Muqaddimah

Hari ini permulaan sejarah. Kami para mutawwif memulakan misi membantu dan menyelenggarakan layanan sebaik mungkin utnuk para tetamu Allah di tanh suciNya ini. semoga RSA dan Bonda Wasilah ar membantu kami dan anda semua.