Sabtu, 16 Mac 2013

Tatacara Sebelum Pulang Ke Tanahair

Jemaah yang akan pulang mesti melakukan perkara-perkara berikut dengan sebaik-baiknya. Ianya bagi mengelak kelambatan dan kegagalan menepati masa berada di Lapangan terbang yang akibatnya boleh menyebabkan Jemaah tertinggal penerbangan.

(Hari Terakhir)

1. Hari ini adalah hari terakhir membeli barang untuk di bawa pulang. Sebaik-baiknya usahakan mengerjakan umrah sekali lagi bagi yang mampu (Jika masa masih mencukupi).

2. Kemaskan barangan dan masukkan ke dalam bagasi yang akan di masukkan ke dalam ruangan kargo kapal terbang. Barangan / dokumen peribadi dan lain-lain yang akan di bawa ke atas pesawat boleh dikemudiankan.

3. Semua bahan cecair, senjata merbahaya termasuk gunting kecil mesti dimasukkan ke dalam bagasi kargo.

4. Sila timbang bagasi masing-masing sebelum diikat. Catatkan berat timbangan bagasi setiap satunya

5. Ikat dengan tali sekeliling bagasi yang mudah pecah atau koyak

 
(Hari Pulang)
 
1. Turunkan semua bagasi ke ruang lobi hotel sebelum ke Masjidil Haram bagi tawaf wida’

2. Pastikan semua barangan dan beg yang ingin dibawa ke dalam pesawat dikemaskan dan di letakkan di dalam bilik.
 
3. Jemaah boleh mandi dan berwudhu serta bersiap-siap untuk ke Masjidil haram.

4. Jemaah ke Masjid lebih awal untuk berlama-lama di depan Kaabah samada untuk Solat zohor dan melakukan solat zohor berjemaah bersama imam (atau Subuh atau Maghrib) dan mengambil peluang masa yang ada untuk berdoa / bermunajat di depan Baitullah. Kemudian jemaah terus mengerjakan tawaf widak.
 
5. Segera keluar dari masjidil haram sebaik selesai tawaf widak. Tidak boleh lagi berhenti untuk berdoa atau meminumair zam-zam dan sebagainya. Tawaf wida' ialah tawaf selamat tinggal untuk Baitullah.
 
6. Apabila sampai di hitel, teruslah mengambil beg bimbit dan membawanya ke ruang lobi menunggu kenderaan
 
7. Sekiranya bas belum sampai dan apabila masuk waktu solat, boleh kembali ke dalam bilik untuk mengerjakan solat. Boleh juga membuang hajat dan berwudhu
 
8. Tidak dibenarkan berada di dalam bilik untuk santai, menonton tv, berbaring atau rehat kecuali mereka yang sakit atau uzur
 
9. Tunggu di lobi sehingga bas datang

10. Biasanya bekalan makanan di dalam perjalanan disediakan oleh pihak katering

Masa yang ada semasa menunggu bas, dihabiskan dengan bermuhasabah diri dengan bertaubat dan bersedih hati meninggalkan kota dan Rumah Allah – kesayangan Rasulullah saw. Datangkan rasa cemas, bimbang dengan diri yang belum mampu berubah sedangkan peluang sebagai tetamu Allah sudah diberikan Allah kepada kita. Banyakkan menghadiah Fatehah dan berseawat kepada Baginda saw. Berazamlah untuk beristiqamah bersembahyang berjemaah di masjid, bangun malam dan melazimi zikir-zikir yang diamalkan semasa di sini…Semoga Allah meredhai kita semua.

Grup mutawwifmekah.blogspot. com

Tiada ulasan: