Niatkan Sedekah Untuk Si Mati
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
(surah al-Baqarah : ayat 261)
Membelanjakan harta umpama tanam 1 benih kemudian jadi pokok yg keluarkan byk lagi benih yg kita sendiri pun tak pernah kira berapa jumlahnya tapi yg pasti "byk" bkn cuma 10-20 biji je & ia akan keluarkan hasil berulang2 bknnya hanya semusim. jadi, sementara hidup ni byk2kanlah tabur benih (sedekah). jgn dah mati baru mengharapkan org yg hidup bersedekah dgn meniatkan nama kita (mewakili kita) dgn harapan pahala org yg mati tu bertambah
Kepentingan Sedekah
Allah SWT telah berfirman betapa pentingnya kita bersedekah sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi... Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ( Al-Mujadila 58:12)
"Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan."(Al-Mujadila 58:13)
Subhanallah, Allah maha mengampunkan bagi mereka yang tidak mampu bersedekah...cuba muhasabah diri kita, adakah benar kita tidak mampu bersedekah walaupon sedikit? janganlah kita menyesal kemudian hari seperti firman Allah lagi yang bermaksud:
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh." (Al-Munafiqoon 63:10)
Kenduri Tahlil kepada arwah

Sedikit perkongsian mengenai sampaikah doa selamat & tahlil kita kepada arwah ibu, ayah, datuk serta kaum kerabat saudara mara kita.
Hadits riwayat Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa’i dan Ahmad:
عَنْ أبِى هُرَيْرَة (ر) أنَّ رَسُول الله .صَ. قَالَ: إذَا مَاتَ الإنسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ:
صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ اَو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ, اَووَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ (رواه ابو داود)
“Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya atau anak yang shalih yang mendo’akannya”.
Bagaimanapun, hanya doa anak yg salih yg akan sampai. Maka hendaklah kita mendidik anak kita supaya menjadi solih, mudah-mudahan mereka akan mendoakan kita setelah kita tiada kelak...
Selain itu, kita juga boleh berbakti kepada org tua kita sekalipun mereka sudah tiada berdasarkan hadith:
Dari Abu Usaid - dengan dhammahnya hamzah dan fathahnya sin - iaitu Malik bin Rabi'ah as-Sa'idi رضي الله عنه, katanya: "Pada suatu ketika kita semua duduk-duduk di sisi Rasulullah صلی الله عليه وسلم, tiba-tiba datanglah kepadanya seorang lelaki dari Bani Salamah. Orang itu bertanya: "Ya Rasulullah, apakah masih ada sesuatu amalan yang dapat saya amalkan sebagai kebaktian saya kepada dua orang tuaku setelah keduanya meninggal dunia?" Beliau صلی الله عليه وسلم menjawab: "Ya, masih ada. Iaitu mendoakan keselamatan untuk keduanya, memohonkan pengampunan kepadanya, melaksanakan janji kedua orang itu setelah wafatnya, mempereratkan hubungan kekeluargaan yang tidak dapat dihubungi kecuali dengan adanya kedua orang tua itu serta memuliakan sahabatnya." (Riwayat Abu Dawud)
عَنِ ابْنِ عَبَّاسِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ اِلَى النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ اِنَّ اُمِّيْ مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ اَفَاَقْضِيْهِ عَنْهَا ؟ فَقَالَ : لَوْ كَانَ عَلَى اُمِّكَ دَيْنٌ اَكُنْتَ قَاضِيْهِ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ : فَدَيْنُ اللهِ اَحَقُّ اَنْ يُقْضَى.
Dari Ibn Abbar radiallahu ‘anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: "Ya Rasulullah! Ibuku telah meninggal sedangkan dia masih berhutang puasa sebulan belum dibayar, apakah boleh aku membayarnya untuk ibuku?" Baginda menjawab: Andaikata ibumu menanggung hutang apakah engkau yang membayarnya?" Beliau menjawab: Ya. Maka baginda bersabda: Hutang kepada Allah lebih patut dibayarnya”.
Bagaimanapon banyak nas dan hadith yg menerangkan bahawa sedekah harta benda dari org yg telah mati adalah amat digalakkan seperti:
عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِنَّ اَبِيْ مَاتَ وَتَرَكَ مَالاً وَلَمْ يُوْصِ فَهَلْ يَكْفِى عَنْهُ اَنْ اَتَصَدَّقَ عَنْهُ؟ قَالَ : نَعَمْ.
“Dari Abi Hurairah radiallahu anhu berkata: Ada seorang lelaki datang kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan berkata: Ayahku telah meninggal dan dia meninggalkan harta dan tidak berwasiat, maka apa berguna baginya jika aku bersedekah untuk dia? Jawab baginda: Ya".
Rasulullah SAW bersabda: "Setiap anggota kamu pada setiap hari berbuat sedekah, kerana setiap tasbih yang diucapkan itu sedekah, setiap tahmid itu merupakan sedekah, setiap tahlil merupakan sedekah, setiap yakbir itu merupakan sedekah dan setiap suruhan kepada kebaikan itu merupakan sedekah. Begitu juga setiap larangan kepada kejahatan merupakan sedekha dan cukuplah semua itu digantikan dengan dua rakaat solat yang dikerjakan pada waktu dhuha (solat sunat dhuha)" Hadirh riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Fadhilat solat sunat dhuha.....
Selepas solat , bacalah doa berikut:
اَللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاكَ وَالبَهَاكَ بَهَاءُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالقَدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ
اَللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي السَّمآءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِي الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مُعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَمًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقَدْرَتِكَ آتِنِيْ مَا آتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
Maksudnya:
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Semoga kita dimurahkan rezki dan dimudahkan urusan, insya-Allah...
Sedekah Yang Ditolak
Hadith:
Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)” (Muslim)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan