Sabtu, 16 Mac 2013

Tip-tip Dalam Mengerjakan IBADAH UMRAH..Sebelum, Semasa Dan Selepas

Di Paparkan panduan mengerjakan umrah yang kami ambil dari blog Haji Rose Ady (Terima kasih Tuan Haji). Sila ziarahi blog beliau DI SINI



IBADAH UMRAH..sebelum, semasa dan selepas

IBADAH UMRAH
(Berdasarkan pengalaman saya…..)





Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Pertama-tamanya marilah kita mengucapkan salam serta berselawat keatas junjungan Nabi kita Nabi Muhamad saw yang mana beliau adalah sebaik-baik insan yang dianugerahkan Allah kepada umat ini.


Perbanyakkanlah penglafasan rasa syukur …alhamdulillah kerana kita semua telah dilahirkan sebagai seorang Islam dan dapat merasai nikmat Iman dan Islam kerana tanpanya maka teramat rugilah kita lahir didunia dan diakhirat.


Oleh kerana terdapatnya beberapa orang sahabat yang akan mengerjakan ibadah umrah pada tahun ini, terasa ingin saya berkongsi sedikit pengalaman tatapan para pembaca sekelian terutamanya mereka yang pertama kali akan mengerjakan umrah ditanah suci.


Dengan ilmu dan pengalaman yang amat sedikit ini, ingin saya kongsi bersama sahabat-sahabat serta pembaca beberapa tips apabila kita hendak menunaikan ibadah umrah ditanah suci.


Tips-tips ini lebih berbentuk persediaan menunaikan ibadah tersebut hasil dari pengalaman saya mengerjakan Haji dan Umrah. Semoga dengan titipan nukilan ini dapat membantu persediaan dan perjalanan sahabat-sahabat. dan semoga Allah meredhai serta memberikan ganjaran yang setimpal dengan ibadah kita.


Saya bahagikan tips-tips ini kepada tiga perkara iaitu;

Persediaan sebelum pergi menunaikan umrah
Semasa berada di tanah suci (Mekah dan Madinah)
Selepas kembali menunaikan umrah.


a. Persediaan Sebelum Pergi Menunaikan Umrah
Latih diri kita mendekati masjid ditempat kita tinggal.
Sekiranya dahulu kita sering solat dirumah, biasa-biasakanlah solat berjemaah di masjid.
Sekiranya terdapatnya majlis-majlis ilmu, rajin-rajinkanlah langkah kaki kita hadir dimajlis yang dihadiri para malaikat ini kerana majlis-majlis ini akan melembutkan hati kita…insyallah.

Perbanyakkanlah Solat Sunat.
Solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat tahajud adalah bertujuan untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa lampau yang banyak telah kita lakukan. Ia juga membantu kita bermunajat kepadaNya dan memohon keampunan dan taubat diatas perbuatan-perbuatan kita yang lalu dan moga-moga Allah mengampuni kita.
Juga ia adalah tempat kita memohon perlindungan agar dipermudahkan perjalanan pergi dan balik mengerjakan ibadah malah memohon keselamatan kepada ahli keluarga yang bakal kita tinggalkan sepanjang perjalanan.

Perbanyakkan membaca Al Quran.
Selain daripada pahala yang kita perolehi dari membacanya, ia amat bermunafaat kerana apabila kita berada ditanahsuci selain dari ibadah umrah, pembacaan al-Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya dapat kita mengkhatam alQuran dalam masa ibadah tersebut adalah menjadi satu kebaikan kepada kita.

Bacalah buku-buku berkenaan umrah, Madinah dan Mekah.
Pembacaan ini akan membantu kita apabila kita menjalani ibadah tersebut. Buku-buku seperti cara-cara mengerjakan ibadah umrah serta “Travelog Haji” tulisan Prof Muhamad Kamil Ibrahim akan membuka minda dan naluri kita sebelum kita berada ditanah suci.

Buatlah Latihan Fizikal.
Latihan fizikal seperti berjalan kaki sejauh purata 3 - 4 km, 2 kali seminggu adalah persediaan yang terbaik untuk membiasakan diri kita yang rata-rata akan menggunakan tenaga semasa pergi dan balik keMasjid, melakukan tawaf serta saie (Saie dari Safa ke Marwah adalah lebih kurang 420 meter dan yang mengerjakan Saie akan berulang alik sejauh 2, 940 meter bersamaan lebihkurang 3 km). Ingatlah latihan ini adalah ikhtiar kita kerana yang menentukan kekuatan dan tenaga itu adalah dariNya. Latihan ini elok dimulakan 2 atau sebulan lagi keberangkatan kita kesana.


b. Semasa Berada DiTanah Suci Mekah dan Madinah
Sikap dan Mentaliti.
Berada di bumi yang diberkati ini memerlukan kita fokus dalam ibadah kita seharian. Diantara sikap dan mentaliti yang utama yang perlu kita terapkan adalah sifat sabar dalam banyak perkara terutama hubungan dengan Allah dan manusia kerana disinilah kita akan berjumpa dengan sekelian manusia dari seluruh pelusuk dunia ini dengan pelbagai ragam menurut adat serta peradaban mereka.

Sifat sabar ini merangkumi semua aspek terutamanya apabila kita mula menjejakkan kaki kita di Lapangan Terbang Jeddah atau Madinah, cara layanan kaunter Imigresen, sikap mat-mat bangla yang membantu mengangkat luggage jemaah dan mengenakan tips yang cukup tinggi (kalau boleh tolaklah sendiri trolley), pengangkutan, kebersihan, hotel tempat tinggal samada jauh atau dekat dari masjid, makanan yang kita makan, sikap masyarakat Arab yang kadangkalanya kasar dan kadangkalanya sombong, adab-adab didalam masjid yang kadangkala akan benar-benar menguji kesabaran kita.

Kesabaran juga berbentuk hubungan kita dengan suami atau isteri atau anak atau ahli jemaah kita sendiri. Ada kalanya pergaduhan suami atau isteri berlaku dan sebagainya. Jauhilah sikap suka merungut akan sesuatu yang berlaku. Anggaplah ia sebagai ujian dari Allah swt yang mahu melihat akan tahap kesabaran kita.

Memahami persoalan-persoalan mengenai Ibadah Umrah.
Walau berapa kali pun kita telah menjejakkan kaki kita ke tanah suci, perkara-perkara yang kita tidak berapa faham atau mushkil, tanyalah kepada para mutawif atau ustaz atau ustazah yang mengiringi kita. Kadangkala apabila disana, terpandang oleh kita jemaah-jemaah lain yang datangnya dari Turki, Iran, China, India atau Pakistan berbuat sesuatu yang lain dari apa yang kita buat. Janganlah kita membuta tuli mengikuti cara mereka contoh adakalanya semasa solat fardu mereka bersama-sama isteri mereka solat sebelah menyebelah suami isteri dikawasan jemaah lelaki. Kita pun sebab takut isteri kita hilang atau berjauhan dengan mereka, kita pun berbuat demikian. Nampaknya seperti dibolehkan tetapi tanyalah kepada ustaz untuk mendapat kepastian. Lakukanlah ibadah umrah dengan hati yang ikhlas, tenang dan sabar.

Ungkapan Lisan dan Hati.
Dalam bab ini, saya ingin merujuk kembali mengenai persediaan kita sebelum berangkat iaitu dengan kita selalu solat taubat, solat hajat dan beberapa solat sunat lagi ia membantu menmbersihkan hati kita apabila kita berada di tanah suci. Adakalanya hati berdetik berkenaan sesuatu, sesuatu itu akan berlaku tanpa kita sedari. Kebanyakan detik hati pada isu keburukan malah apapun perbuatan yang mendatangkan rasa riak, sombong mestilah dijauhi. Kadangkala hanya dengan pengucapan kita, ”jangan takut..tak hilang seliper tu kalau letak kat situ”, ada kalanya betul-betul hilang selipar itu.Sekiranya kita tersedar dari perkara-perkara ini, berisgtifarlah dan memohon keampunan dariNya.

Kepentingan Doa Dalam Setiap Perkara.
Doa amat memainkan peranannya dalam aspek kehidupan kita lebih-lebih lagi apabila berada ditanah suci Mekah dan Madinah. Setiap apa kesusahan atau perkara-perkara yang hendak kita lakukan, berdoalah dengan seyakin-yakin doa, insyallah Allah akan memakbulkan seperti contoh kita mahu melakukan tawaf diwaktu puncak. Sebelum memulakan, berdoalah supaya dipermudahkan, insyallah akan dipermudahkan ibadah tersebut.

Aktiviti Didalam Masjid.
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah 2 masjid tersuci pada umat Islam. Setelah beribu batu datang dari Malaysia dan membayar beribu ringgit untuk sampai kesana maka pergunakalah masa yang ada untuk membuat ibadah umrah, solat berjemaah dimasjid dan berikhtikaf didalamnya kecuali ditimpa musibab seperti demam atau tidak berupaya kemasjid.

DiMasjidil Haram, gunakanlah masjid untuk beribadah sepenuh-penuhnya seperti tawaf sunat, solat sunat, membaca al Quran, melihat Kaabah (melihat Kaabah mendapat pahala disisi Allah). Kadangkalanya kita akan berikhtikaf dimasjid bermula dari waktu maghrib ke Isyak, kadang-kadang dari waktu Asar sehingga Isyak. Semasa kita berikhtikaf ini, lakukanlah perkara-perkara seperti tawaf sunat, membaca al Quran, solat sunat, bersedekah seperti mengambilkan air zam-zam untuk diberikan kepada jemaah berdekatan.

Itulah diantara sebabnya pada tips persediaan untuk menunaikan umrah itu saya selitkan faktor seperti menjinakkan diri kita dengan menghadiri majlis ilmu agar kita dapat berikhtikaf dimasjid ditempat tinggal kita. Dengan demikian tidaklah terasa kekok atau akan berputar persoalan dikepala apa nak buat dalam masjid sementara menunggu waktu Asar sehingga Isya.

Apabila di Masjid Nabawi, ingatlah supaya kita perlu meletakkan tertib kita lebih tinggi apabila berada didalam masjid terutamanya apabila kita berbual-bual. Didalam sirah Nabi saw, perkara ini dinyatakan agar kita tidak menninggikan suara kita dan terdapat ayat al Quran tersebut yang diletakkan diatas dinding Makam Nabi saw apabila kita menziarahi makam beliau.

Lawatan Ziarah .
Turutilah lawatan-lawatan dan ziarah ini agar kita dapat memahami keperitan, kesusahan, tahap keimanan mereka yang terdahulu iaitu mereka yang bersama-sama Rasulullah saw memperjuangkan Islam.

Kesihatan.
Untuk menjalankan ibadah-ibadah ditanah suci ini amat memerlukan kudrat. Sekiranya permergian kita itu diwaktu musim panas, disarankan perbanyakanlah minum air kerana air zam-zam dimasjid ada disetiap laluan atau tiang agar kesihatan terpelihara walaupun padaNya kita berserah.


c. Selepas Kembali Menunaikan Umrah.
Semasa Perjalanan Balik.
Dalam perjalanan (pergi/)balik ini ada diantara jemaah yang tertinggal solat fardunya. Cuba elakkan ini daripada berlaku dalam perjalanan kita. Islam itu mudah, kita boleh solat dimana-mana.... dalam kapalterbang, di tempat menunggu di airport dan sediakan sejadah serta solatlah di manapun jua. (tambahan Mutawwif Mekah)

Solat Sunat Dua Rakaat Dan Majlis Kenduri
Setelah kapalterbang mendarat diKLIA, dalam perjalanan balik ke rumah, jangan lupa untuk solat 2 rakaat dimana-mana masjid atau surau yang berdekatan dengan rumah kita sebelum kita melangkah ke dalam rumah. Sebaik-baiknya semasa pulang ini kita adakan majlis kenduri di rumah kita semasa hari sampainya kita dirumah. Ini adalah beberapa adab yang saya perolehi dari beberapa ustaz apabila kita pulang dari menunaikan umrah

3. Istiqamah
Beristiqamahlah kita selepas mengerjakan umrah ini dengan selalu berjemaah di surau atau masjid dan menghadiri majlis ilmu agar hubungan kita denga Allah itu tidak putus ditengah jalan.

Begitulah sedikit coretan dari pengamatan saya sebagai insan yang kerdil dalam agama Allah ini melalui pengalaman saya menunaikan Haji dan Umrah.

Semoga apa yang saya loretkan ini akan menambahkan rasa ketaqwaan dan rasa kemanisan iman agar kita terus beristiqamah mengerjakan apa-apa yang disuruhNya dan meninggalkan yang dilarangNya.

Yang baik itu datangnya dari Allah swt manakala sekiranya terdapat kesilapan dalam nukilan saya ini adalah kerana kurangnya ilmu serta pemahaman saya terhadap ilmu agama ini.

Semoga ia memberikan menafaat kepada sahabat-sahabat yang akan mengerjakan ibadah umrah pertama kali dan saya berdoa agar sahabat-sahabat yang pergi menunaikan ibadah itu mendapat umrah yang mabrur dan mabrurah.

Ingatlah bahawa pemergian insan ketanah suci itu adalah jemputan dariNya maka bersihkanlah hati dan jauhilah perkara-perkara yang boleh mensyirikkan Allah swt. Amatilah apa yang terkandung dalam lafaz kita;

Labaik Allahumma Labaaik, labaaik Laa Syarika Laka Labaaik Inal Hamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulka La Syarikalah….


Ikhlas dari,

Hj Rose Ady Hj Ramli
Bandar Baru Bangi
19 Safar 1433
13 Januari 2012

Pakej Umrah Murah Tetapi Barakah (Insya Allah)

mutawwifmekah.blogspot.com
mutawwifmekah@gmail.com

Khalidiyah Ithnain, Mekah, Saudi Arabia

Imarah Travel And Tours Management Services
(Anak syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd)
No 3, Jalan Desa 9/1, Bandar Country Homes
48000 RAWANG, SELANGOR
0367331303 / 0195105934 (Syeikh Zaimusyani - Malaysia)
+966599724576 (Syeikh Azri Yunus – Mekah)
+966590404472 (Syeikh Haji Johari – Mekah)






TAWARAN PAKEJ PERKHIDMATAN UMRAH MUSIM 1434
(PAKEJ GLOBAL IKHWAN SDN BHD - GISB)
 

Berikut adalah tawaran perkhidmatan Ibadah Umrah bagi tetamu Allah untuk musim sekarang hingga 1hb Ramadhan 1434h. Kami kemukakan pakej ‘Ground Handling’ (Keseluruhan perkhidmatan semasa di Mekah dan Madinah) yang menarik dan unik kepada syarikat-syarikat travel yang baru memperkenalkan produk perkhidmatan umrah kepada pelanggan mereka. Pakej ini juga ditawarkan kepada individu yang mempunyai pelanggan tersendiri samada dari kelompok keluarga, jiran setaman perumahan, penduduk seperkampungan atau rakan sekerjaya. Pakej yang kami tawarkan ini merupakan hasil pengalaman menguruskan jemaah umrah selama lebih 20 tahun.


Keunikan Dan Keistimewaan
Keunikan Mengerjakan Umrah dengan Pakej Global Ikhwan (GISB)
 

1) Mempunyai mutawwif yang akan bersama para Jemaah. Hubungan dekat dan mesra akan membolehkan tempat rujuk dalam semua hal berkaitan peribadi, keluarga, kerjaya dan kemasyarakatan. Para mutawwif GISB mempunyai pengalaman mengendalikan pelbagai karenah Jemaah umrah.

2) Rujukan mengenai ibadah umrah dapat dilakjukan bila-bila masa kepada para mutawwif mekah. Segala permasalahan akan diselesaikan secepat mungkin tanpa bertangghuh.

3) Kami mempunyai pakej ziarah ke projek penternakan haiwan kesayangan Rasulullah saw – ke arah menghayati kehidupan Baginda Nabi saw di Al Wahah Syumaisi, di tepi lebuhraya Mekah Jeddah. Perjalanan ke tempat ini hanya memakan masa 30 minit dari Masjidil Haram. Pusat ini mengandungi berbelas-belas ekor unta, kuda, kambing, kibas, burung kasawari, kaldai, ayam, itik dan merpati. Ianya merupakan satu taman rekreasi yang mempunyai kawasan menunggang kuda, demontrasi memerah susu unta, memberi makan kepada semua binatang ternakan yang terdapat di situ, bergambar dan sebagainya. Semua tetamu pasti teruja mengalami pengalaman yang sangat berharga ini. Pusat penternakan yang sebegini rupa adalah yang satu-satunya terdapat di Saudi Arabia.

4) Oleh kerana dorongan beribadah di tanah suci merupakan suatu yang sangat bernilai, pihak kami menyediakan pakej kenduri tahlil di Chalet Nur Muhammad. Para tetamu akan bersembahyang berjemaah maghrib dan isya’ dengan ‘berbumbungkan langit’. Majlis tahlil atau bacaan yasin akan dijalankan selepas maghrib untuk menghadiahkannya kepada semua keluarga yang diniatkan (mengikut senarai nama yang dicatatkan). Doa dan munajat dalam bahasa melayu diiringi sedikit tazkirah yang bersesuaian. Pada kebiasaannya majlis ini akan menyentuh hati para hadirin.

5) Kami juga menyediakan pakej kenduri kahwin atau hari jadi bagi mereka yang berkebetulan.

6) Para tetamu pasti tidak akan dapat melupakan persembahan kebudayaan dalam bentuk Teater Musikal bertajuk “Umrah Menuju Allah”. Ianya adalah persembahan kumpulan Generasi Harapan secara ‘live. Uniknya kumpulan Generasi Harapan ini ialah ahli-ahlinya terdiri dari kumpulan adik beradik sebapa berlainan ibu seramai 39 orang. Bagi setiap majlis tahlil atau kenduri pada sebelah malam, persembahan ini akan menghiburkan sambil para tetamu menjamu selera. Semua elemen persembahan mereka sangat menyentuh hati dan mampu membawa hati para tetamu Allah menghayati ibadah umrah yang lebih bermakna.



Pakej Yang Ditawarkan

1) Pengangkutan airport ke airport samada Jeddah atau Madinah
2) Penginapan di hotel yang lebih dekat dengan Masjidil Haram dan di Masjid Nabi
     (kita akan sepakati kemudian. Kami akan nyatakan kedudukan dan kemudahan yang ada    

     di  hotel - Apa yang penting anda berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan kami)
3) Katering 3 kali sehari termasuk jamuan kenduri tahlil sekali (kambing) selama 10 hari.
4) Pengangkutan 2 kali ziarah (Jakranah) dan ke Chalet Nur Muhammad di Syumaisi untuk  

     kenduri tahlil (termasuk ziarah Hudaibiyah)
5) Perkhidmatan mutawwif yang berpengalaman yang akan menjadi pembimbing ibadah dan

     ziarah sepanjang menjadi tetamu Allah. Juga menunjuk jalan pergi balik hotel dan masjid.
6) Kenduri tahlil aruah serta persembahan kebudayaan yang unik dan menyentuh hati
7) Perkhidmatan mutawwif untuk mengerjakan umrah pada bila-bila masa yang diperlukan   

     dengan bayaran yang berpatutan.
8) Perkhidmatan menolak kereta sorong bagi mereka yang uzur.
9) Taklimat bagi menyelaraskan pergerakan atau aktiviti Jemaah akan diadakan dari masa ke
     semasa.
10) Urusan dam, badal umrah dan kenduri tahlil


SEBUT HARGA;
Sukacita kami nyatakan tawaran kami untuk semua perkhidmatan di atas ialah
RM1,800 seorang (tidak termasuk tiket kapal terbang dan visa).



Penutup

Grup MutawwifMekah GISB - yang terlibat dalam perkhidmatan ini akan sentiasa melipatgandakan usaha menagih perhatian dan pertolongan Tuhan. Untuk itu apa jua masalah yang dihadapi para jemaah akan kami usaha tangani dengan secepat dan sebaik mungkin. 


Perkhidmatan kami berasaskan kasih sayang diusahakan ke tahap maksimum dengan niat menghiburkan para tetamu Allah. Semoga semuanya berpuas hati dan berazam untuk kembali lagi bersama kami pada umrah yang akan datang. 

Sama-samalah kita doakan agar dianugerahkan sentuhan ruhaniah yang luar biasa yang sangat diharap-harapkan oleh para tetamu Allah di tanah suci ini. Mendapatkan sentuhan ruhani di tanah suci adalah keutamaan kami!!

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN:
mutawwifmekah.blogspot.com
mutawwifmekah@gmail.com



Tatacara Sebelum Pulang Ke Tanahair

Jemaah yang akan pulang mesti melakukan perkara-perkara berikut dengan sebaik-baiknya. Ianya bagi mengelak kelambatan dan kegagalan menepati masa berada di Lapangan terbang yang akibatnya boleh menyebabkan Jemaah tertinggal penerbangan.

(Hari Terakhir)

1. Hari ini adalah hari terakhir membeli barang untuk di bawa pulang. Sebaik-baiknya usahakan mengerjakan umrah sekali lagi bagi yang mampu (Jika masa masih mencukupi).

2. Kemaskan barangan dan masukkan ke dalam bagasi yang akan di masukkan ke dalam ruangan kargo kapal terbang. Barangan / dokumen peribadi dan lain-lain yang akan di bawa ke atas pesawat boleh dikemudiankan.

3. Semua bahan cecair, senjata merbahaya termasuk gunting kecil mesti dimasukkan ke dalam bagasi kargo.

4. Sila timbang bagasi masing-masing sebelum diikat. Catatkan berat timbangan bagasi setiap satunya

5. Ikat dengan tali sekeliling bagasi yang mudah pecah atau koyak

 
(Hari Pulang)
 
1. Turunkan semua bagasi ke ruang lobi hotel sebelum ke Masjidil Haram bagi tawaf wida’

2. Pastikan semua barangan dan beg yang ingin dibawa ke dalam pesawat dikemaskan dan di letakkan di dalam bilik.
 
3. Jemaah boleh mandi dan berwudhu serta bersiap-siap untuk ke Masjidil haram.

4. Jemaah ke Masjid lebih awal untuk berlama-lama di depan Kaabah samada untuk Solat zohor dan melakukan solat zohor berjemaah bersama imam (atau Subuh atau Maghrib) dan mengambil peluang masa yang ada untuk berdoa / bermunajat di depan Baitullah. Kemudian jemaah terus mengerjakan tawaf widak.
 
5. Segera keluar dari masjidil haram sebaik selesai tawaf widak. Tidak boleh lagi berhenti untuk berdoa atau meminumair zam-zam dan sebagainya. Tawaf wida' ialah tawaf selamat tinggal untuk Baitullah.
 
6. Apabila sampai di hitel, teruslah mengambil beg bimbit dan membawanya ke ruang lobi menunggu kenderaan
 
7. Sekiranya bas belum sampai dan apabila masuk waktu solat, boleh kembali ke dalam bilik untuk mengerjakan solat. Boleh juga membuang hajat dan berwudhu
 
8. Tidak dibenarkan berada di dalam bilik untuk santai, menonton tv, berbaring atau rehat kecuali mereka yang sakit atau uzur
 
9. Tunggu di lobi sehingga bas datang

10. Biasanya bekalan makanan di dalam perjalanan disediakan oleh pihak katering

Masa yang ada semasa menunggu bas, dihabiskan dengan bermuhasabah diri dengan bertaubat dan bersedih hati meninggalkan kota dan Rumah Allah – kesayangan Rasulullah saw. Datangkan rasa cemas, bimbang dengan diri yang belum mampu berubah sedangkan peluang sebagai tetamu Allah sudah diberikan Allah kepada kita. Banyakkan menghadiah Fatehah dan berseawat kepada Baginda saw. Berazamlah untuk beristiqamah bersembahyang berjemaah di masjid, bangun malam dan melazimi zikir-zikir yang diamalkan semasa di sini…Semoga Allah meredhai kita semua.

Grup mutawwifmekah.blogspot. com

Jam Raksasa Di Kota Mekah


Royal Mecca Clock Tower Hotel, Jam Raksasa Masjidil Haram
Posted on January 23, 2013 by fachrisuryari


Menjelang musim haji di bulan Dzulhijjah, Masjidil Haram di Makkah Arab Saudi dikunjungi jutaan ummat yang ingin menunaikan ibadah haji. Karena padatnya, tak jarang jamaah haji kebingungan menentukan arah, dan tidak jarang mereka tersesat jalan. Untuk menanggulanginya, pemerintah Kerajaan Arab Saudi membangun menara jam raksasa untuk membantu jamaah haji mencari jalan menuju Baitullah.

Menara setinggi 601 meter itu terdiri atas struktur bangunan hotel setinggi 530 meter plus tinggi jam 71 meter. Berada di kompleks Al Abraj Al Bait Tower, persis di pelataran Masjidil Haram. Menara hotel ini berdiri di antara tujuh menara raksasa di sebuah podium masif.

Bangunan megah itu juga dijuluki Royal Mecca Clock Tower Hotel. Jam berukuran 46 x 46 meter ini memiliki empat wajah berkilauan selebar 46 meter yang terdiri atas ubin gabungan teknologi tinggi, sebagian dihiasi dengan bebas. Di puncak jam terdapat lengkungan bulan sabit sebagai lambang Islam.

Jamaah Tersesat

Royal Mecca Clock Tower Hotel merupakan proyek mercusuar pemerintah Arab Saudi yang menghabiskan dana 3 miliar dolar AS. Pembangunannya berlangsung selama lebih dari dua tahun. Ini merupakan bangunan tertinggi kedua di dunia setelah menara Burj Al Khalifa di Dubai setinggi 828 meter.

Keunikan Menara Jam Mekah adalah setiap datang waktu shalat, 21 ribu lampu hijau dan putih akan berpendar-pendar. Ditambah 16 buah lampu vertikal yang akan memancar sejauh 7 mil ke udara. Lampu ini akan berkedip selama lima kali sebagai pertanda lima waktu shalat sekaligus mengingatkan kaum muslimin di sekitar Mekkah untuk menunaikan shalat.

Lampu ini bisa dilihat dari jarak 18 mil atau 28,8 kilometer. Kompleks Al Bait Abraj juga merupakan pusat perbelanjaan raksasa. Lebih dari 2.000 kamar hotel, dua helipads dan dapat menampung hingga 30.000 orang. Setelah dibangun menara tersebut, data jamaah haji yang tersesat di Mekkah berkurang.

Banyak dari jamaah haji yang menjadikan jam raksasa ini sebagai acuan arah tempat berkumpul kembali usai melaksanakan ibadah di Masjidil Haram. Bahkan pemerintah dan ilmuwan Timur Tengah menjadikan jam raksasa ini sebagai rujukan waktu dunia bernama Mecca Mean Time (MMT), menggantikan Greenwich Mean Time (GMT) yang telah berusia 126 tahun. Jam itu bertujuan untuk menyaingi bahkan menggantikan posisi GMT ke MMT untuk acuan 1,6 miliar penduduk muslim di seluruh dunia.

Kota Mekah Masa Depan

Ini adalah gambaran beberapa buah projek mega seluruh Kota Mekah yang menelan belanja hampir SR100 Trillion. Antaranya adala:

1)   Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, 

2)   Projek penempatan mewah serba eksklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, 

3)   Projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, 
4)   Projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 20 juta 
       meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion, 

5)   Projek ‘Makkah Expansion & Shades’ iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan 
      membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara paling tinggi 
      di dunia di mana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC. 


http://fian2-9f.blogspot.com/2012/08/mekah-masa-depan.html,